Set tilam baby bear untuk Haris

Wednesday, May 2, 2012

Masa nak buat preparation untuk sambut baby sulong, tilam baby la yang paling lambat sekali nak beli. Tak tahu nak pakai apa. Ayah dia tak mahu pakai baby cot (katil baby tuh..). Kitorang survey kat IKEA, memang sume cantik-cantik. Harga macam-macam, nak mahal ada, murah ada, boleh pilih terus baby bed ikut kesesuaian budget.
Muka ada bekas gigit nyamok~


Hmm.. last-last tak beli pun baby cot tuh. Masa pantang kat rumah umi, tak pakai pun baby cot yang ada, baby Haris tidur sekali ngan ayah & mama. heee.. bukan apa, senang nak menetek, last2 mama dia tertidur sama. Tapi ayah dia sangat memahami, masa kite dok nyusu tu, ayah dia awake tunggu anak sampai habis menyusu coz takut mama dia tak sedar diri tertindih anak. Memang pun! mujur ayah ada~ thanks sayang.

Balik pada tilam haris tadi. Kami beli 3 jenis tilam, hahah.. banyak kan? 1 tilam untuk travel (nanti yan upload tak snap lagi).Tilam ni dah melekat terus sekali ngan bantal dan 2 bolster kiri kanan. 1 tilam lipat baby yang tebal (save space) dan 1 lagi set tilam kekabu pinjam ngan adik. Amik! :O

Kitorang pakai sekejap je tilam-tilam tu sume, yang melekat sampai sekarang (umur dia dah 8 bulan lebih) TILAM BABY BEAR. Mama dia paling suka yang ni (kena amik kira mama juga pasal selesa nak menyusu, Haris suka susu sambil baring).

Ada banyak kaler, ada biru, pink, purple, oren... apa lagi ek.. banyak la.. Kalau nak beli pergi ke cadarkartun.com.

cantik kan?





Post a Comment

Latest Instagrams

© Stolen Moment. Design by FCD.