Rawatan IUI di IIUM Fertility Centre, Kuantan

Friday, August 21, 2015

Aku nak kongsi pengalaman buat rawatan kesuburan IUI. Kronologi, sakit ke tak, di mana nak buat dan kos (kalau you all tinggal berdekatan kuantan).

Banyak sumber di internet sebagai rujukan aku sebelum rawatan aku bermula.
Yang paling aku suka baca, pengalaman orang yang dah berjaya. Jadi, mula-mula baca posting blog tu, aku akan cari dia ni berjaya ke tak (sama macam you all yang sedang baca ni kan?). 
Jadi, result IUI pertama aku adalah.. negative.

Ya, ..N.E.G.A.T.I.V.E

Jangan frust lagi.. (padahal selepas tahu sendiri period bulan tu, aku kerahkan mental dan fizikal to pull myself back together. Heart broken into a million pieces)

.. dan ini gambar aku upload di profile..

..


Teringat Dr Khalid (Kuantan Specialist Hospital, KPJ) ada mention percentage untuk berjaya ni.
Dalam 100 orang pesakit yang dirawat, dalam 15 orang sahaja yang berjaya hamil berbanding rawatan IVF sebanyak 30 orang. 

So, kami setuju nak buat di IIUM Fertility Centre, Prof Dr Roszaman Ramli consult kami. 
Kalau you all perlukan nombor, tinggalkan komen kat bawah ye.
 

PRE-IUI TREATMENT
Mac 2015, kami bersedia untuk jalani rawatan ini. Aku call IIUM Fertility Clinic untuk set appointment dulu. Kebetulan hari appointment jatuh pada hari ke 7 period. Doc buat Transvaginal Scan (TVS) dan detect cyst bersaiz 2-3cm pada ovary sebelah kiri. Recurrent (Semasa mengandungkan Haris 4 bulan, aku terpaksa operate untuk buang cyst sebesar 11 cm!)

Okkaayyy... Ada rasa frust waktu tu ..
So kena set next visit pada hari ke2 next period untuk sahkan cyst dan decide boleh proceed IUI atau tidak.


IUI TREATMENT
Day 2-6 : 150mg Clomid
27 Apr 2015, jumpa Doc untuk TVS dan Doc sahkan cyst. Tapi doc kata tak perlu buat apa-apa selagi tak harm. Jadi, Doc prescribe Clomid dan Clomid ni perlu diambil pada hari ini sehingga hari ke 6 period sebanyak 150mg/sehari (triple dose dari kebiasaan). 5 hari rawatan Clomid agak mencabar kerana effect ubat tersebut..
Pening & vertigo, double image, mual & panas. Sebab tu aku dinasihatkan makan Clomid sebelum tidur..
Setiap orang yang lalui rawatan kesuburan, pasti sudah ada mind set, apa juga cabaran ni adalah worth sebab end-result sangatlah... tempting

Haris sekarang dah 4 tahun. Sepanjang 4 tahun ni, aku belum ada tanda untuk hamil anak ke 2. Tersangat rindu nak preggy dan pernah cakap pada hubby..
"Kalau ada rezeki untuk pregnant, Yan nak cheerish every moment masa preggy and after.. rinduuu sangat.." 

Kalau ikutkan plan, aku hanya ada 3 tahun lagi untuk usaha sebab hubby mahu 'retire' apabila umur dia 45 tahun. Jarak usia aku dan suami 12 tahun. Tapi segala-galanya terserah pada Dia, kami hanya merancang.


Day 7-10 : (4 hari) Gonal F Injection
2 Mei 2015, perlu buat rawatan di rumah. Inject hormone Gonal F untuk matangkan ovum. Sepatutnya 3 hari sahaja dan hari ke 10 injection buat TVS untuk measure saiz telur. Oleh kerana hari ke 10 jatuh hari cuti peristiwa di Pahang, Doc minta teruskan Gonal F.

1 pen Gonal F untuk 3 hari.

Day 11 : TVS
6 Mei 2015, nurse scan dan measure saiz telur di ovari kanan dan kiri. Sebelah kanan ada 4 biji telur matang dan sebelah kiri dalam 1-2 biji telur termasuk 1 cyst. Cyst ni saiz besar sikit dari telur. Takpe, abaikan dia. Tetamu tak diundang..

Day 13: HCG injection
8 Mei 2015, aku kena suntik sendiri HCG dirumah. Tujuan untuk pecahkan telur. Nurse cakap biasanya badan akan rasa sedikit perubahan bila telur nak pecah. Aku plak rasa ada sharp pain pada ovari tanda telur matang nak pecah dan disharge warna jernih kental (thick & sticky). 

Day 15: IUI Procedure
10 Mei 2015, Doc sendiri yang jalankan procedure ni. Proses macam mana aku tak detailkan kat sini, boleh tanya Mr G. Masa dalam 5-10 minit dan aku diminta terus baring dalam 10-20 minit dan beratkan ke kanan sebab banyak telur matang kat situ.


Ok, dari segi kos aku ringkaskan kat bawah ni. 

DAY 0
Pendaftaran: RM 20
Consultation fee: RM 80
TVS: RM 40
SFA (Optional, untuk sperm count analysis): RM 50
CA 125 (Optional, untuk sperm count analysis): RM 50

DAY 2-10
Clomid: RM 45
Gonal F: RM 500
Gonal F: RM 500 (sepatutnya tak perlu. Treatment aku perlu tambah)

DAY 13
HUCOG & TVS: RM 146 

DAY 15
IUI Procedure: RM 750
Duphaston: RM 180
Folic acid: RM 5

JUMLAH:  RM 2,366 
*boleh guna sebagai rujukan sahaja.


Aku akan update plak cerita pasal HSG test yang aku dah buat minggu lepas sebab selepas dapat BFN (Big Fat Negative) untuk first IUI, Doc nasihatkan untuk cek Fallopian tube.

Tunggu next post ok!

Bye!

Latest Instagrams

© Stolen Moment. Design by FCD.