Buat website sendiri?

Friday, November 14, 2014

Assalamualaikum

Kenapa nak buat website sendiri ni? Yan dulu buat website sebab start meniaga online semasa belajar di UM. Tak tahu kenapa sebelum ini yang tak minat meniaga, jadi suka berniaga (darah kelantan kut..) Dan produk yan jual berasaskan kain (padahal dari kecik tak suka gila dengan kain dan bau dia...    Selalu pening masuk kedai kain... Dah tu kenapa masukkan......? Erk!           Umi kiter tailor..)

Satu lagi sebab masa tu baru start meniaga online secara part time (tahun 2012), serba salah nak upah web developer buatkan sebab range waktu tu dalam RM 2000 (bergantung pada spec yang korang nak). Bila tanya pakcik Google, buat sendiri tak berhabis sakan sangatla.....

So, startla misi mencari mentor untuk ajar buat website E-commerce...       (E-commerce? Ala.. website jual beli yang ada 'Add to cart' tuuu..... Sesuai untuk produk lebih dari 10 jenis.    Dari korang tak sempat tangan nak melayan order customer yang beratus2 sehari tu, dah tu yang attend email/whatsapp tu sorang je baiklaaa........  buat e-commerce.

So, Yan menuntut dengan mentor Yan, En Zaki Yusof. Terima kasih atas tunjuk ajar... (tunduk kepala) Alhamdulillah ..    dah lebih 4 website yan buat sendiri..

Antaranya www.cadarkartun.com (antara my first baby, jualan secara retail dan borong khas untuk cadar budak sebab corak semuanya kartun)




www.ecolinen.com.my, ini adalah pembekal cadar, tuala dan aksesori bilik tidur untuk asrama, hotel dan resort. Boleh contact melalui email: ecolinen85@gmail.com (sempat lagi...)


dan www.bffhijab.com, butik online tudung dan dress muslimah. Features seperti slider, buttons untuk click dan footer bagi yan praktial untuk visitor dalam 1 page.

Yang tulis kupon tu dipanggil slider.

Ada bahagian untuk latest news, kalau ada event ke.. produk baru ke boleh update dekat sini. Ada juga banner untuk socialmedia, newsletter subscriber dan buttons untuk link ke page lain.

Footer BFFHijab


So, sebelum nak buat semua yang di atas tu, .....     benda paling basic perlu ada adalah..

(1) Domain
Biasa tengok signboard kedai offline kan? Contoh, Restaurant ABC atau Butik Nana, atau Seng Heng.
Domain ni adalah nama kedai online kita. Wajib ada. Takkan nak gantung signboard kosong je, kan?

(2) Hosting
Kalau kedai offline/walk-in ni, hosting ni macam ruang kedai atau unit kedai tu sendiri. Tak ada hosting, tak adalah kedai.

Mana nak beli 2 benda ini? Boleh tanya pakcik google atau klik link Malaysia Top 5 Hosting Provider

Yan guna Interner-webhosting sebab murah, tapi dah sampai masa bisnes dah berkembang you all kena upgrade pakej murah ke yang lebih advance. Sebab tu, nanti Yan citer kemudian kalau ada orang nak tahu... (ada tak?.........      ).

Ada domain lain Yan guna Exabytes sebab ada pakej yang lebih sesuai dengan keperluan Yan tapi bayar lebih sikitla.. Yan guna yang ini Exabytes



Itu jela dulu benda basic untuk buat website, macam mana pulak decoration kedai online, layout kedai tu Yan citer kendian. Kalau rasa info ni berguna, share la dengan kawan2!

Tata!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Stolen Moment. Design by FCD.